Tuesday, January 5, 2010

Bolasepak Negara - Kemana Arah Tuju?

KBS sanggup membeli kontrak pemain pemain bawah 23 tahun negara dari pasukan pasukan negeri mahupun kelab, untuk memastikan mereka mendapat latihan yang lebih tinggi tarafnya di luar negara terutamanya di England.

Mereka menyatakan bahawa kancah liga malaysia bukan medan terbaik untuk berkembangan dangan jayanya, dan ianya di sokong oleh F.A.M dengan persetujuan dan menyambut baik cadangan dari KBS itu.

Secara tak langsung, F.A.M sendiri, badan yang mentadbir liga bolasepak negara, tidak yakin dengan kemampuan liga tempatan kita. Bagi saya nada ini, sama nadanya dengan luahan bekas jurulatih pasukan Malaysia yang lalu, Sathianathan yang menyatakan bahawa "M League is not football.

Sejarah lalu telah menunjukkan betapa beberapa pemain tempatan yang dihantar ke luar negara bagi mendapat pendedahan gagal menyerlahkan potensi mereka, malah ada juga yang langsung tak di panggil untuk mewakili negara, kerana ada pemain yang bermain di liga tempatan yang lebih baik.

Bagi saya, untuk menjadi seorang pemain yang baik, seseorang itu harus mempunyai peluang beraksi secara kompetetif dengan lebih kerap. Kekerapan bermain dalam permainan sebenar akan banyak memberi pendedahan secara teknikal, stamina dan psikologi.

Oleh itu, saya rasa tiada salahnya jika mereka ini bermain dengan pasukan negeri atau kelab masing-masing, kerana mereka ini adalah antara pemain utama untuk skuad masing masing. Jika di hanya di latih dan di latih walaupun oleh jurulatih yang hebat tapi tidak terdedah dengan perlawanan sebenar yang kompetetif, bakat itu akan hanya sia-sia sahaja.

Untuk mendapat pendedahan bermain di luar negara, biarlah secara terhormat. Iaitu di pilih untuk bermain untuk pasukan utama liga negara tersebut. Contohnya, kita panggil agen agen atau pencari bakat dari kelab kelab luar untuk menyaksikan aksi pemain pemain kita, dan biarlah mereka yang memilih berdasarkan kriteria yang mereka ada agar pemain yang mereka pilih itu akan menjadi aset bagi mereka dan bukan nya rakan "sparring" sahaja.

Untuk itu, tak perlulah kita berangan angan jauh. Pastikan dahulu pemain pemain kita layak untuk bermain di negara negara serantau seperti Thailand, Singapura, Indonesia, atau yang lebih tinggi sedikit Jepun ataupun Korea Selatan. Dari sini lah, baru kita boleh membuat percaturan selanjutnya.

Biarlah kelab kelab ini yang "membeli" pemain kita. Bagi saya, ini lebih menjurus kepada kancah profesionalism dalam arena bolasepak kita. Dan pemain yang harus diutamakan dalam program sebegini bagi saya adalah pemain dari umur 18 tahun lagi.

Saya tak dapat bayangkan liga tempatan kita, tanpa pemain negara. Bagaimana hendak kita lihat persaingan yang sihat dalam usaha masing masing untuk merebut tempat kesebelasan utama pasukan? Bagaimana hendak kita ukur peningkatan setiap pemain? Kerana bagi saya kehebatan liga dan juga bolasepak sesuatu negara adalah terletak kepada prestasi secara keseluruhan dan bukan hanya beberapa orang pemain sahaja.

Dalam aspek profesionalism, kita harus berfikir secara menyeluruh. Bagaimana prestasi sesuatu organisasi itu akan dinilai? Secara keseluruhan atau hanya melihat prestasi sebahagian pekerjanya sahaja?